Tuesday, August 31, 2010

Cinta Suami Terhadap Seorang Isteri








Seorang pemuda dan kekasihnya bernikah 
dan majlis perkahwinannya sungguh meriah.Suatu majlis 
yang gemilang dan riang serta diiringi dengan paluan kompang dan gendang.





Pengantin perempuan begitu cantik dan anggun dengan gaun putihnya
 dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang segak,gagah dan 
begitu tampan sekali apabila dipandang.

Setiap pasang mata yang memandang mengatakan
 bahawa mereka pasangan yang saling cinta mencintai dan sepadan 
diibaratkan seperti pinang di belah dua.




Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya.
''abang, saya baru baca sebuah artikel dalam majalah 
tentang bagaimana memperkukuhkan hubungan dan tali pernikahan kita
''katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut kepada suaminya





lalu masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang 
kurang kita sukai dari  pasangan kita
kemudian,kita akan membahas 
bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan 
perkahwinan kita bersama lebih bahagia 






suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang 
tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung
 ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab 
hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama




malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur
 dan mencatat apa yang terlintas dalam
 benak fikiran mereka masing-masing.



keesokan pagi nya,ketika sarapan mereka sedia membincangkannya...

''saya akan mulakan dulu ya'',
      kata isteri.




lalu ia mengeluarkan
senarainya.banyak sekali yang
ditulisnya,sekitar 3 muka surat.





ketika mulai membacakan satu persatu hal yang tidak 
dia sukai dari suaminya,ia memperhatikan
 bahawa airmata suaminya mulai mengalir....


''maafkan saya bang,
apakah saya harus berhenti?''
tanyanya.

''oh..tak mengapa,
teruskanlah sayangku...''
jawab suaminya



Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai,lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia

''sekarang giliran abang membacakan senarai yang abang tulis.''



Dengan suara perlahan
suaminya berkata;
Abang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas ini.
Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna,
dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu..
abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya.
Anda terlalu cantik dan baik bagi abang.
Tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku ,sayang..''




si isteri tersetak dan tersentuh hatinya 
oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya.

bahawa suaminya menerima dengan seadanya...
Ia terus tunduk dan menangis..




''abang, maafkan saya...''

--------------------------------------------------------------------------------------------------
tidak perlulah kita membuang masa memikirkan hal-hal yang 
negatif tentan pasangan kita
 terimalah dia seadanya..

Sunday, August 29, 2010

MaKaNaN KeGeMaRaN Aq

eweaah2
sdap nye nie..!!!
cape2 nk calling2 la aq k
aq bgtau tang mana ada jual chicken chop paling sdap in the world la
hahah
gurau je
hampa rasa kn , hampa tau tk resipi dia ape..??
nk tahu ka rahsia nye..??
...????
senang sj
cuma hanya buka internet 
n then search resipi chicken chop
tggu dlm masa 2 minit kuaq la resipi nye
kui.kui.kui

GmBq TiMe RaYa TaUn LpAs LaR...

haha
ni la gmbq raya taun lpas
rindu sgt2 time cm ni kn
hanya setahun je dpt berkumpul cm nie
sedih pn ada gk
coz cousin aq lg 3 owg tk da dlm pic nie
sedih sgt2 coz dh tk berjumpa dgn dpa 
agak dh 3 tahun aq tk brtemu dgn dpa smua
huhu
sedih aty nie bila terkenangkan dpa kn